Jakel…Malaysia’s largest textile retailer with the best and most extensive fabrics collections for all your needs since 1985.

Raya dengan Baju Kurung Moden 2023

Tahun 2022 kini berada di penghujungnya. Tanpa kita sedar, tahun 2023 akan menemui kita tak lama lagi. Raya tahun 2022 pastinya memberi keseronokan yang tak terhingga, maklumlah selama dua tahun kita berada di dalam suasana PKP. Semua orang duduk di rumah tak pergi jalan mana-mana di sepanjang tempoh PKP. Tahun 2022 kita beraya sakan ya. Tahun depan dengan nafas baru dan suasana yang lebih meriah, kita ajak keluarga kita, kawan-kawan kita beraya bersama-sama dengan pakaian yang lebih menonjol dan lebih segar dengan baju kurung moden 2023. Tampil dengan warna raya 2023, koleksi baju raya pastinya akan membina mood raya sakan tahun hadapan.

baju kurung moden 2023

Apa yang membezakan baju kurung moden dan baju kurung tradisional?

Pesak – pada baju kurung tradisional terdapat pesak yang memberi keselesaan dan kelonggaran pada baju kurung itu manakala pada baju kurung tradisional tidak terdapat pesak.

Zip – hanya ada pada baju kurung moden. Kedudukan zip mungkin pada bahagian belakang ataupun pada bahagian depan baju kurung moden.

Potongan badan – baju kurung moden mempunyai potongan badan pada bahagian pinggang.

Jenis fabrik – pelbagai jenis fabric mengikut citarasa pengguna baju kurung moden seperti kain kapas, satin, kain sulam, organza, lace, chiffon, kain sutera, batik, linen dan banyak lagi.

Jangan dilupakan warna raya 2023 yang membuatkan anda lain dari yang lain. Serlahkan kewanitaan dirimu dengan warna-warna tahun 2023 melalui artikel ini. Apa yang menarik bagi warna ini ialah warna-warna ini menekankan konsep positif, ketenangan dan kesembuhan. Warna raya 2023 ini jika dipadankan dengan baju kurung moden 2023 akan menaikkan seri wajah si pemakainya. Koleksi baju kurung moden boleh di dapati melalui link ini.

warna raya 2023